PRODUK SHAKLEE

PRODUK SHAKLEE

Thursday, August 22, 2013

SUPLEMEN UNTUK ECZEMA.....

Entry ini khas buat para ibu-bapa yang berdepan dengan anak-anak yang mempunyai anak yg ekzema.

Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.

INILAH ECZEMA

Sebagai solution kepada ekzema, saya mengesyorkan anda mencuba 3 jenis produk iaitu Mealshake bagi kanak-kanak setahun keatas, Herbal Blend sebagai krim sapuan dan juga Basic H sebagai mandian anak.

Ikuti kisah Iffah Anuar yang berpuas hati dengan 3 produk ini : 







Bagi anak-anak yang masih breastfeed pulak, si ibu disyorkan utk mengambil set B dengan tambahan ESP sebagai cure dimana semua vitamin ini akan disalurkan melalui susu ibu kepada anaknya.


ANTARA SUPLEMEN LAIN YANG ANDA BOLEH AMBIL:

1. GLA Complex
Penderita ekzema tidak dapat memproses asid lemak dgn sempurna sekaligus kandungan GLA dalam badannya adalah rendah. GLA penting untuk menghalang kesan eczema berterusan seperti gatal, merah2 dan sebagainya.

2. Zinc
Zinc amat penting bagi pembentukan tisu, mereka yang menghidap ekzema didapati mengalami masalah kekurangan zinc.

3. Alfalfa
Alfalfa berguna sebagai anti radang dan anti elergi namun pengambilan mesti selepas dipastikan anda tidak elergi kepada alfalfa.

4. Energizing Soy Protein (ESP / Mealshake
Protein bertindak untuk menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel yang telah reput dan mati. Pengambilan protein membantu pembentukan sel kulit yang sihat.

5. Vitamin C
Merupakan sumber antihistamin semulajadi bagi membantu kulit bermasalah disebabkan alahan.Pengambilan vitamin C dapat mengelakkan kesan sampingan daripada ubat steriod serta meningkatkan antibodi badan.



Benarkah GLA dapat mengubati ekzema?
Saya kongsikan pengalaman Puan Norita dalam menangani masalah ekzema anaknya.

Namun sesuatu yang saya sedari, kulit Addin adakala kering sangat akibat berpuasa. Apabila ini berlaku saya akan pastikan dia mengambil GLA dan vitamin C chew sebelum tido bersama ESP + PD. Saya akan bancuhkan dengan sedikit kepekatan ESP agar protien yang cukup membantu tubuh Addin menghasilkan sel baru yang sihat dan cantik.

Syukur, esoknya kulit Addin akan nampak lembap seperti kulit orang biasa. Tak sia-sia beri Addin makan GLA....GLA untuk seimbangkan hormon.
Protien pula untuk bina sel baru dan pastikan sel sedia ada sihat. Vitamin C pastinya sebagai keperluan dalam penghasilan kolagen.


 Bagaimana GLA membantu masalah Ekzema?


Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Sumber : Utusan Malaysia


BERMINAT??...Boleh hubungi saya...

MARLINI BINTI MOHAMAD
YOUR INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP : 017-7622303 (LINIE)
 

Tuesday, August 20, 2013

MULTI-PURPOSE CREAM

HERBAL BLEND
{Herbal Blend Multi Purpose Cream }

"Saya sendiri telah menggunakan terhadap anak saya, Fahry. Fahry pernah mengalami ruam panas yang teruk, gatal sampaikan dia menggaru-garu sampai berbelak. Dalam hati saya fikir “Dah tak ada harapan budak ni”.

Dalam keadaan percaya tak percaya tu saya cuba sapukan herbal Blend Multipurpose Cream ni ke badan Fahry. Hasilnya, voila! Kulit Fahry jadi licin, walaupun sebelumnya ada macam calar-balar luka sikit akibat digaru. Sayangnya saya tak ada pula gambarnya..".. -Mommy LYna-


-Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit
-Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
-Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

KELEBIHAN krim herbal blend :

* Melembutkan kulit dan tumit yang pecah
*Menyelesaikan masalah kulit gatal
*Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
*Menghilangkan ruam pada bayi
*Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
*sebagai losyen kegunaan harian

Ramai yang mengelarkan krim ni ajaib sebab dia juga boleh mempercepatkan baik luka nipple ibu menyusu. Ada juga yang pernah gunakan untuk anak yang mengalami enzema. Ini salah satu testimoni yang digunakan untuk merawat enzema.

BERMINAT??...Boleh hubungi saya...

MARLINI BINTI MOHAMAD
YOUR INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 945481
PM/SMS : 017-7622303 (LINIE)

~ KALSIUM DAN WANITA ~






Bagi saya, Kalsium adalah salah satu vitamin yang penting untuk wanita.. Kerana apa?? sebab wanita sering kehilangan kalsium dari badan mereka berbanding lelaki.. Bagaimana ia hilang?? Ketika mengandung, kalsium diserap oleh janin untuk tumbesaran mereka.. Ketika menyusui anak, kalsium diserap dari ibu untuk disalurkan kepada anak melalui susu ibu, ketika haid, kalsium juga diperlukan lebih dari keadaan biasa.. Maka memang tidak hairanlah mengapa wanita sering dikaitkan dengan Osteoporosis..



Kita boleh cuba mengelakkan dari mendapat Osteoporosis dengan mengambil jumlah kalsium yang mencukupi setiap hari sama ada melalui diet harian ataupun suplemen..

Pengambilan Kalsium Yang Dicadangkan ialah :

~ Bayi 0-5 Bulan - 300mg/hari (Susu Ibu), 400mg/hari (Susu Formula)
 ~ Bayi 6-11 Bulan - 400mg/hari  
~ Kanak- Kanak 1-3 Tahun - 500mg/hari  
~ Kanak- Kanak 4-6 Tahun - 600mg/hari  
~ Kanak- Kanak 7-9 Tahun - 700mg/hari  
~ Remaja 10-18 Tahun - 1000mg/hari  
~ Dewasa Lelaki 19-65 Tahun - 800mg/hari
 ~ Dewasa Wanita 19-50 Tahun - 800mg/hari
~ Dewasa Lelaki Lebih 65 Tahun - 1000mg/hari  
~ Dewasa Wanita Lebih 50 Tahun - 1000mg/hari
~ Wanita Hamil - 1000mg/hari  
~ Wanita Menyusu - 1000mg/hari


 KERAP HAMIL JEJAS TULANG - Kosmo Online, 8 Mac 2013


Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.


Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa. Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh. Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu. Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

BERPANTANG

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

BERMINAT??...Boleh hubungi saya...

MARLINI BINTI MOHAMAD
YOUR INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP : 017-7622303 (LINIE)

Kebaikan Susu & Keperluan Tulang Kita



Salam... Jom kita baca sikit tentang tulang kita...

TULANG

Bagaimanakah tulang terbina?



Pembentukan tulang manusia dimulai pada saat masih janin dan umumnya akan bertumbuh dan berkembang terus sampai sehingga 35 tahun.  Sekiranya dari awal proses pertumbuhan, banyak kalsium ada dalam darah maka tulang akan terbentuk dengan baik.  Sebab tu Kalsium yang mencukupi amat diperlukan oleh ibu yang hamil dan menyusu kerana bayi dalam kandungan hanya bergantung pada Kalsium yang disalurkan oleh ibu untuk pembentukan tulang yang sihat.  Begitu juga bayi yang menyusu dari ibunya.  Bayi pasti akan mendapat kalsium yang mencukupi dari SUSU IBU.  Jadi ibu perlu menggantikan Kalsium yang telah diserap ke dalam SUSU IBU tadi untuk kegunaan badannya sendiri.

Pada usia 0 - 30/35 tahun, proses ini dinamakan modeling kerana pada masa ini terbentuknya model tulang seseorang. Ini bermakna tulang kita tidak sama antara satu sama lain. Kerana itulah kita mempunyai rupa paras yang berbeza.

Mencegah

Pada usia 30 - 35 tahun, pertumbuhan tulang sudah selesai, waktu ini disebut remodeling di mana modeling sudah selesai tinggal proses penggantian tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih muda. Setelah pembentukan tulang selesai, maka akan terjadi penurunan jisim tulang. Hal ini boleh dicegah dengan menjaga kandungan kalsium setelah tercapainya puncak jisim tulang.

Dengan mengambil kalsium 800 - 1200 mg sehari, jisim ini boleh dipertahankan.  Untuk mencegah penurunan jisim tulang, di mana penurunan ini akan mengakibatkan berkurangnya kepadatan tulang dan tulang akan mengalami osteoporosis.  Osteoporosis lebih baik dicegah dengan cara pengambilan kalsium yang cukup setelah usia 30 atau 35 tahun.

Kesimpulan

Dalam proses pembentukan tulang, tulang mengalami regenerasi iaitu penggantian tulang-tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih muda, proses ini berjalan seimbang sehingga terbentuk puncak jisim tulang. Setelah terbentuk puncak jisim tulang, tulang masih mengalami penggantian tulang yang sudah tua dengan tulang yang masih muda. Tetapi proses ini tidak berjalan seimbang di mana tulang yang diserap untuk diganti lebih banyak daripada tulang yang akan menggantikan, maka terjadi penurunan jisim tulang. Apabila keadaan ini berjalan terus menerus, akan terjadi osteoporosis.



SUSU



KEBAIKAN pengambilan susu terhadap tubuh manusia sememangnya tidak dapat disangkal, apalagi kajian membuktikan ia makanan lengkap yang mengandungi semua nutrien diperlukan untuk kesihatan optimum bagi pelbagai peringkat umur, daripada golongan kanak-kanak hingga orang dewasa.  Susu mengandungi zat bermanfaat, antaranya kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain diperkaya dengan vitamin A, vitamin B, zink, riboflavin, potassium, sodium, zat besi dan sulfat.

Susu berada dalam kategorinya yang tersendiri kerana ia mengandungi mineral penting yang tidak dapat digantikan oleh kumpulan makanan lain. Pengambilan susu sejak kecil dan sepanjang hayat membolehkan seseorang itu memiliki tahap tulang yang kuat serta kesihatan tubuh badan keseluruhannya.

Susu sama juga seperti makanan lain mengandungi gula semula jadi di dalamnya dalam bentuk laktosa selain bentuk gula lain seperti fruktosa, sukrosa dan sirap pejal yang semuanya bergabung untuk memberi tenaga kepada mereka yang meminumnya.

Menepis tanggapan sesetengah orang, susu tidak menggemukkan walaupun ia diberi tambahan gula dan kajian menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan susu dan makanan bersusu tampil lebih langsing berbanding mereka yang tidak minum susu

Kajian juga menunjukkan pengambilan susu sebagai sebahagian diet untuk mengawal kalori berjaya mempercepatkan pengurangan berat badan, terutama di kawasan abdomen, sekali gus merendahkan risiko penyakit memandangkan pertambahan lemak di kawasan terbabit sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Oleh itu, kepercayaan bahawa gula tambahan dalam susu mampu menggemukkan adalah tidak berasas memandangkan penyumbang masalah berat badan berlebihan bukan berdasarkan hanya satu jenis makanan tetapi ia disumbangkan oleh lebihan gula dalam keseluruhan pemakanan lain yang diambil secara tidak terkawal.

Malah kajian menunjukkan pengambilan susu secara berterusan mampu mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat kencing manis jenis dua, iaitu masalah yang sudah lama membelenggu masyarakat, termasuk kanak-kanak.



Bagi mereka yang tidak minum susu pula bagaimana ya? Sebenarnya, masih banyak lagi sumber kalsium dalam makanan kita untuk menampung keperluan kalsium harian kita.  Antaranya ialah biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan), kekacang, makanan laut seperti tiram, udang halus, ikan bertulang lembut seperti sardin, bayam, gandum penuh, kailain, brokoli, sayuran hijau, roti dll.  Namun begitu, pengambilan Kalsium juga perlu disertai dengan Vitamin D dan Magnesium kerana Magnesium diperlukan untuk menggabungkan Kalsium ke dalam tulang dan Vitamin D pula diperlukan untuk penyerapan Kalsium dengan lebih baik.  Selain itu, agak sukar untuk memastikan pengambilan Kalsium harian kita mencukupi antara 1000-1300mg kerana kita sendiri tidak tahu jumlah Kalsium yang ada dalam makanan2 seharian kita. 

Oleh itu, selain mendapatkan kalsium dari sumber makanan harian, anda juga boleh mendapatkan makanan tambahan Kalsium untuk memenuhi keperluan harian tubuh badan anda.  Ostematrix Shaklee adalah Kalsium yang dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D.  1 biji Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium, 100mg Magnesium dan 100 IU Vitamin D.



BERMINAT??...
MARLINI MOHAMAD
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP: 0177622303 (LINIE)



"kalsium " SHAKLEE


Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan
Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***
Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.  Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium





 Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Kalsium sahaja tidak mencukupi
Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar.  Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron,  zink, tembaga dan mangan. 

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan  yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

 
NORMAL BONE & OSTEOPOROSIS


 Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal
 
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.



10 KEBAIKAN KALSIUM :

  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

* Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.

  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.


***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 

BERMINAT??...

MARLINI MOHAMAD
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP: 0177622303 (LINIE)

KONGSIKAN SEGALANYA

UNTUK MENDAPATKAN PRODUK INI DAN KONSULTASI PERCUMA ANDA BOLEH LA CALL/SMS/WASSAP O17-7622303 (LINIE) ATAU EMAIL:lovemyalinie@yahoo.com