Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada
kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak
memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein,
fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di
ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum.
Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak
seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai
asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari
makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya
sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran
serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada
Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara
normal.
Selain itu, contoh Omega – 3 yang
lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid).
Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan
DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan
berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut
menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara
salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah
prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang
amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical
guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya
seperti:
- Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
- Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
- Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
- Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
- Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulanya, utk perkembangan
kanak2 yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari
pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg
kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod,
telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega
3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn
DHA dan EPA
No comments:
Post a Comment