Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada
kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan
pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber,
mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh
kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk
mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti
linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak
perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan.
Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.
Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk
tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3
yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Selain itu, contoh Omega – 3 yang
lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid).
Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan
DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan
amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut
menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara
salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah
prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang
amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical
guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya
seperti:
- Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
- Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
- Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
- Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
- Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulanya, untuk perkembangan
kanak-kanak yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan ana-anak2 mengambil makanan dari
pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yang
kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod,
telur ayam (kaya dengan omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega
3 dalam diet harian boleh dibantu dengan pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn
DHA dan EPA.
--
MagicWoman ~ u Give u Get
BERMINAT??...Boleh hubungi saya...
MARLINI BINTI MOHAMAD
YOUR INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP : 017-7622303 (LINIE)
CODE AREA: HUTAN KAMPUNG/ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA DAN PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA.
YOUR INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP : 017-7622303 (LINIE)
CODE AREA: HUTAN KAMPUNG/ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA DAN PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA.




No comments:
Post a Comment