Mungkin ada yang seronok kerana jika
anda menyusukan anak secara eksklusif ( tiada campur air kosong ataupun susu
formula) pada 6 bulan pertama, ianya boleh menjadi pelan perancang keluarga
secara semulajadi. Ini kebanyakannya yea..Namun ada juga yang sebaik habis
darah nifas, terus datang uzur syar'ie ni.
Ramai ibu menyusu yang datang semula
darah haid lambat. Ada yang lebih daripada setahun. Tapi jangan disangka yang
anda menyusu dan tidak datang haid bererti anda tidak akan mengandung yea..Ada
kes yang “tereksiden” mengandung walaupun menyusukan anak sepenuhnya.
MCB Testimoni:
Saya pula?? Saya termasuk kategori
yang kitaran haid jadi tidak menentu selepas bersalin dan sepanjang penyusuan.
Kitaran haid kita ini semuanya berkaitrapat dengan hormon. Saya datang bulan
pertama kali semasa Amni berusia 4 bulan. Kemudian umur 9 bulan. Antara tempoh
tu memang susah hati sebab takut “termengandung” kan. Memandangkan feedback
daripada rakan-rakan mengenai GLA complex sangat best untuk masalah period
tidak teratur ini, maka saya mula ambil pada bulan 10 tahun lepas.
Alhamdulillah, period mula datang setiap bulan. Masuk botol kedua, saya mula
makan secara tidak konsisten. Darah haid masih datang setiap bulan tapi cycle
menjadi panjang dan adakala pendek.
Dijadikan cerita, saya susah hati
sebab bulan April lepas period saya tidak datang dan sudah lewat 5 minggu
tambahan pula saya mula sakit pinggang yang amat. Dalam hati memang
berdebar-debar yea. Masa saya mengandungkan Amni, saya selalu sakit pinggang
masa 1st trimester. Jadinya, saya mula makan GLA complex setiap
hari without fail bermula 1 Mei dan wallauuuu, semalam 10 Mei darah haid saya
datang. Alhamdulillah. Rasa nak melompat-lompat kegembiraan Oh, bukan saya
tidak suka kalau ada rezeki Amni Jr tapi saya plan hujung tahun ini. Insya
Allah..
Pengalaman saya ini memang buat saya
yakin dengan kehebatan product GLA complex ini. Teori saya, penyusuan juga
sedikit sebanyak akan mengganggu keseimbangan paras hormon terutamanya estrogen
dan progesterone. Nampak gaya GLA complex akan jadi kawan baik saya la lepas
ini. Supplement yang wajib saya amik setiap hari.
Bila kitaran haid tetap dan teratur,
mudah untuk merancang keluarga secara semulajadi.Ahakss. Bahasa mudahnya, kita
boleh jangka bila waktu subur dan langkah berjaga-jaga boleh dilaksanakan.
Kaitan penyusuan dan kitaran haid
Sedikit info yang saya perolehi di
laman web livestrong.com
Prolactin is a hormone that helps
regulate the menstrual cycle and produce breast milk. While some women with PMS
do have elevated levels of this hormone, most do not; however, if a woman does not have enough prostaglandin E1, she
may be unable to balance the effects of prolactin. Prostaglandin E1 is made
from an essential fatty acid called gamma linolenic acid.
Berdasarkan info di atas,
sebagaimana yang kita sedia maklum penyusuan susu ibu akan meningkatkan kadar
hormon prolaktin dalam tubuh wanita itu.Apabila paras hormon prolaktin dan
hormon prostaglandin tidak seimbang, maka wanita tersebut akan mengalami
masalah kitaran haid tidak teratur. Tambahan pula GLA (gamma linolenic acid)
merupakan bahan yang dipelukan untuk menghasilkan prostaglandin E1. Ini sedikit
sebanyak menjawab persoalan kenapa kitaran haid saya kembali tidak teratur
selepas tidak displin mengambil GLA complex untuk botol kedua.
Kepada ibu-ibu menyusu yang risau
dengan kitaran haid yang kucar kacir itu, jom cuba Shaklee GLA complex..Selamat
untuk penyusuan dan jangan risau kerana susu anda tidak akan merudum.
** These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These
products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment