Ramai pasangan sama ada yang baru
berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips
cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai
yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.
Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat
hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan
kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut,
dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia
juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan
kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS
(senggugut)?
Ini kerana, apabila seseorang
mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan
sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang
kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang
kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.
Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?
GLA membantu seorang wanita
menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang
bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan
mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang
mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA
untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang
membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk
bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma
untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’
hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5
^__^
Jadi, puan2 yang masih belum
dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda.. Kalau cecair tu
tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang
persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk
mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah
akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex
membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai
sebulan 2-3 kali bertelur. :)
No comments:
Post a Comment