Penyakit kencing
manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus.
PUNCA
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau
kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.
Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi
untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia
bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada
glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu
pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan
meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.
SIMPTON / TANDA-TANDA AWAL
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
-Ahli keluarga menghidap kencing manis / keturunan
-Berusia 35 tahun ke atas dan mengalami masalah berat badan
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih
simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.
KELAS
/ JENIS
1. Diabetes
Primer
Jenis I
(IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.
Jenis
II (NIDDM)
Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.
Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.
2. Diabetes
Sekunder
Penyakit
kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan
permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit
kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin.
Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau
penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis
apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah
melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan
ubat.
RAWATAN
Penyakit
kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan
untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan
paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit
kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah
pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis
termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.
DIET DAN DIABETES DAN
DIABETES
Pengawalan pengambilan diet
adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah.
Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetis Mellitus.
Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari
demi hari.
Diet
Diabetis adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi
pesakit diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana
jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.
Pengambilan
diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur,
pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.
Diet
harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan
oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi
bagi menjalankan tugas seharian.
Cadangan
pembahagian kaori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.
MATLAMAT RAWATAN DIET
1. Untuk
mengawal paras glukosa di dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di
dalam urin.
2. Untuk
mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian
dan umur.
3. Untuk
mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.
4. Untuk
menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan
atau mengelakkan komplikasi diabetis.
Prinsip
asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu
memahami
3 perkara penting iaitu:
1. Apa
yang hendak dimakan
2. Waktu
makan yang sesuai
3. Amaun
makan yang boleh dimakan.
|
NUTRISI
YANG DIPERLUKAN
Kajian mendapati bahawa
kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium mempunyai kesan ke atas
insiden diabetis. Kromiun mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu
mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat
diabetis.
|
PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL
Serat atau serabut diet boleh
didapati dalam bentuk larut ( yang larut dalam air - ia membantu penyerapan
nutrien ) dan serat tak larut ( tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan -
membantu mengelakkan sembelit.
Serat yang tak larut boleh digunakan di
dalam usahamengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan.
Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke
aliran darah. Saranan pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.
Contoh
makanan yang mengandungi serat :
Sayur-sayuran,
ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung,
pasta dan sebagainya.
SUPLEMEN SHAKLEE YANG SESUAI:
1. VITALEA- multivitamin,
2. VITAMIN C -
membantu dlm penyembuhan luka, mengurangkan asid urik dlm badan,
3. ALFALFA - bantu
dalam mengurangkan keradangan,mencuci usus bagi membuang toksik,meneutralkan
asid dlm badan
4. GLA COMPLEX -
membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing
manis,dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar
insulin & kolesterol
5. ZINC- membantu
dalam menyembuhkan luka, Komponen penting bagi insulin
6. ESP- Menyokong
kesihatan imunisasi badan , membantu dalam penyerapan supplement lain dgn lebih
baik.
![]() | |
| SET KENCING MANIS |
P/S: Anda boleh miliki set mengikut budget yang anda ada dan keperluan.
Berminat untuk dapat kn produk ini?
...Boleh hubungi saya...
MARLINI BINTI MOHAMAD
YOUR INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP : 017-7622303 (LINIE)
CODE AREA: ALOR SETAR, JITRA, POKOK SENA
...Boleh hubungi saya...
MARLINI BINTI MOHAMAD
YOUR INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 945481
CALL/SMS/WASSAP : 017-7622303 (LINIE)
CODE AREA: ALOR SETAR, JITRA, POKOK SENA




No comments:
Post a Comment