PRODUK SHAKLEE

PRODUK SHAKLEE

Wednesday, September 11, 2013

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS







Sedikit info umum mengenai vitamin C dan mengapa ia perlu di dalam diet harian kita.
Vitamin C, juga dikenali sebagai ascorbic acid, ialah sejenis nutrien larut-air yang penting untuk tumbesaran yang normal. Vitamin larut-air terurai apabila berada di dalam air. Sisa dan lebihan vitamin ini akan dibuang dari dalam badan melalui air kencing. Oleh itu, bekalan berterusan vitamin seperti ini amatlah diperlukan.


Vitamin C adalah penting untuk :-
  • Membentuk protein yang penting untuk pembinaan kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah
  • Membentuk kolagen [@_@ Kolagennn!! :-)], juga sejenis protein yang diperlukan untuk membantu menyembuhkan luka
  • Membaiki dan memelihara rawan, tulang dan gigi
  • Meningkatkan keupayaan untuk menyerap zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan
Vitamin C juga adalah merupakan salah satu anti-oksidan. Apa itu antioksidan? Antioksidan adalah nutrien yang menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Berikut adalah info tentang radikal bebas yang anda perlu tahu :-
  • Radikal bebas terhasil ketika tubuh badan menukarkan makanan kepada tenaga ataupun ketika kita terdedah kepada asap rokok dan radiasi
  • Radikal bebas yang terkumpul untuk satu jangkamasa yang panjang mengakibatkan proses penuaan
  • Radikal bebas juga merupakan salah satu penyebab kepada kanser, penyakit jantung dan kondisi seperti arthritis
Vitamin C TIDAK menyembuhkan atau mengurangkan risiko jangkitan demam selsema. Walaubagaimana pun, mereka yang mengambil Vitamin C dengan kerap dan teratur didapati cepat sembuh daripada demam selsema atau pun mengalami demam selsema yang tidak teruk. Mengambil Vitamin C selepas dijangkiti demam selsema tidak memberikan sebarang kesan penyembuhan.
Kekurangan Vitamin C mengakibatkan :-
  • Anemia
  • Gusi Berdarah
  • Kurang daya tahan jangkitan penyakit
  • Kadar penyembuhan luka yang lambat
  • Rambut kering dan bercabang
  • Cepat lebam
  • Gingivitis (keradangan pada gusi)
  • Hidung berdarah
  • Kemungkinan untuk pertambahan berat badan kerana metabolisme lambat
  • Kulit kasar, kering dan bersisik
  • Sakit dan bengkak sendi
  • Enamel gigi lemah
Apakah perbezaan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ dengan Vitamin C jenama lain?
  • Well, first and foremost mestilah jaminan Shaklee bahawa produk yang dihasilkan adalah Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Semulajadi.
    Sumber http://www.shaklee.com.my/bm/difference.asp
  • Sustained Released bermaksud pembebasan secara berterusan. Vita-C Shaklee mempunyai teknologi pembebasan berterusan secara semulajadi. Teknologi ini sangat diperlukan kerana seperti yang telah saya tuliskan pada awal entry ini, Vitamin C sangat mudah hilang dari tubuh badan manusia kerana ia larut air. Jadi, dengan adanya teknologi ini, maka kita mampu mendapat manfaat Vitamin C secara berterusan kerana setiap jam, 100mg Vitamin C akan dilepaskan. Setiap satu tablet Vita-C 500mg adalah sama dengan khasiat 7 1/2 biji oren.

** Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Untuk makluman dan peringatan, kanak-kanak tidak boleh mengambil Sustained Release Vita-C Plus™ kerana dos adalah tidak sesuai. Shaklee menyediakan Vitamin C 100mg untuk kanak-kanak yang boleh dikunyah Chewable Vita-C™ 100 mg.






Harus diingat, produk Shaklee bukan ubat. Ia bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.

BERMINAT??...

MARLINI MOHAMAD
ID 945481
SMS/WA: 0177622303
COD AREA: HUTAN KAMPUNG, ALOR SETAR

No comments:

Post a Comment

KONGSIKAN SEGALANYA

UNTUK MENDAPATKAN PRODUK INI DAN KONSULTASI PERCUMA ANDA BOLEH LA CALL/SMS/WASSAP O17-7622303 (LINIE) ATAU EMAIL:lovemyalinie@yahoo.com